Friday, 6 March 2015

FAKTOR-FAKTOR STRESS DIKALANGAN GURU

Faktor  stress ( Dunham & Varma, 1998)


Faktor dan tanda stress :

Pendahuluan :
  1. Stress merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini.
  2. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, ‘kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat’ (Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Malaysia, 2000).
  3. Apabila seseorang itu berhadapan dengan stres, sudah tentu ia akan gagal untuk berfungsi dengan baik di dalam masyarakat.
  4.  Menurut kajian yang dilakukan oleh Institute of Stress di New York, Amerika terdapat 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stress yang kuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus lagi mengalami stress setiap hari.

No comments:

Post a Comment